Time out

i'll be away for few weeks.
exam is coming, work load is piling.
i hope i'll come back with a better love story that touch you.
:)
p/s: click the archieve for the first post or simply click here -> Suria. that's the beginning of this story
:)

Read more...

The hair that tell

Suria merenung cermin empat segi yang memenuhi sepanjang dinding bilik air itu. Matanya besar. Tangannya menampung badan yang hampir rebah. Matanya digosok berkali2. Biar betul ni…

“Sayang..sayang!” Suara Suria panjang memanggil Luqman

“Yes honey” Luqman menjenguk kepala dari pintu bilik air yang dibuka sedikit. Suria memandang Luqman. Luqman memerhatikan Suria dari atas ke bawah “Is everything alright?”

“Yes” Suria menjawab perlahan.

“So… nak suruh I join you mandi ke?” Luqman membuka pintu sepenuhnya dan mendekati Suria. Satu cubitan singgah di pinggang Luqman.

“Bukanlah!” Suria mengusap rambutnya. “Bila I potong rambut? Suria bertanya perlahan.

“E’eh dia yang potong rambut pergi tanya kita pulak.”

“Seriously, bila I potong rambut?”

“Mana lah I tau honey, I balik kerja malam tadi tengok rambut you dah pendek. Although I like your long sexy hair, this hairstyle does make you look younger.”
Luqman memeluk Suria dari belakang. He likes their reflection in that huge mirror. Hugging.

Suria senyum pendek. Dia mengusap tangan suaminya. Kepalanya ligat berfikir. I did this hair cut last month (she means last month in 2009) I kept my hair long in 2008 as Luqman likes it long. I remember going to treatment every month. I did not get a haircut yesterday. I’m in kampung.

Did I have anything on me from 2009? Anything I brought from future?

Owh yeah, manicure. I did the lovely French manicure last week. Suria membelek jemarinya.

“Nice manicure… Buat semalam jugak ke?” Luqman menyambut jemari Suria dan mengucup perlahan.

Suria senyum. Kurang pasti perlu gembira atau perlu freak out.

So, things around me are 2008 but I…
I’m a 2009!

Owh My God!!!
……………

Read more...

Over a cup of coffee

"Here is your coffee" Luqman menghulurkan mug putih bercorak merah hati. Aroma kopi memenuhi ruang antara mereka.

Suria menyambut perlahan. "How is Kak Gee and her husband?"

"Well (Luqman take a few second pause).. i only know one Kak Gee. I dunno about marriage tapi I ada dengar she is dating someone" Luqman duduk di sebelah isterinya. Dia menghirup perlahan kopi panas.

"Dating someone? isn't she.. married (this word only come out in her mind) nama dia Daniel?"

Kak Gee and Daniel belum kahwin lagi... Their wedding was (or is, i can't really tell) on March 2009. Kalau betul apa Luqman cakap, their wedding will be in 5months time...

"Entah la. Baru sangat lagi. Dia pun tak cerita banyak" Luqman menjawab tanpa memandang Suria. Mata nya paku pada skrin television.

Wait a minute, which means… Shit! My promotion happened on January 2009. I’m still stuck in my small cubicle for the next 2months. Itupun kalau my performance is as good as I performed last year (she means 2008). What a hard work, imagine have to do it all over again.

And losing Luqman... Suria memandang sayu suaminya. Mug diletakkan perlahan ke atas coffee table. Dia mengalihkan lengan Luqman supaya memeluk bahunya. Luqman menggosok lengan Suria. Suria merehatkan kepalanya ke dada Luqman lalu mencium ubun2 Suria sambil mengelus lembut rambut Suria.

Suria memejamkan mata.

Was it just a bad bad dream?
Or God is giving her a second chance?

………………………………

Read more...

What year are we in now?

Telekung putih bersulam bunga yang dipakai lebih cerah warnanya dari lampu kalimantang bilik itu. Cahaya cuma balam2. Biasanya solat akan di imam kan Luqman. Tapi... air mata diseka dengan tergesa2. Tak mahu ada yang mengalir lagi.

"Wahai Pencipta. Kau beri aku 4 tahun yang terhebat dalam hidup aku. Dan kini kau ambil ia semula. Aku tidak mahu jadi tamak pada mata Kau ya Allah. Cuma... cuma sekali ini. Kau lebih tahu apa aku mahu. Kau lebih tahu."

.....

Sejuk malam mencengkam jemari kaki nya. Suria membengkokkan lututnya. jemari nya kembali suam di bawah selimut. Hurmm sudah seminggu tidak tidur sebegini. Suria meringkut di dalam selimut. Badannya mengiring menghadap dinding.

Tiba-tiba...

Dirasakan ada tangan merangkul perlahan pinggangnya dari belakang. Suria membekukan diri. Ya Allah lindungi hambaMu! Peti suaranya juga beku sama. Otaknya ligat. Matanya masih pejam

"Belum tidur lagi sayang?" bisik perlahan suara lelaki

Suria menahan nafas. Belum berani mencelikkan mata. Terdengar suara lelaki itu menghela nafas. Pinggangnya masih dirangkul. Rangkulan makin rapat. Suria menggerakkan bahunya perlahan.

"Honey?" Luqman menongkat kepala mengiring mengadap Suria. Kaki mereka berselisihan.

"Abang?" suaranya separuh berbisik. Dahi Suria berkerut. Nafasnya tak menentu. jantungnya hampir gugur. "Luqman?" bergetar dia menyebut nama suaminya sendiri.

"Suria..." balas Luqman separuh berbisik juga.

Suria meliarkan matanya sekeliling. This is not the room that i slept in last night. This is...
Wait a minute... dinding merah darah, perabot serba putih.
This is my room...
Our room..
Mata Suria terkebil2. Luqman senyum kecil melihat isterinya.

"Where are we?"

"Home honey. You look confuse, bad dream?"

"Worst than you can imagine" Suria memeluk suaminya. Air matanya mengalir laju membasahi baju suaminya

"There, there.... i'm here honey. don't cry" Luqman memupuk bahu Suria. Rambut ikal Suria diusap perlahan.

....

"Abang, kenapa calendar ni ada lagi? i thought i dah buang dah?" Suria berdiri bercekak pinggang. Mendongak mengadap calendar tahun 2008 yang digantung di dinding. Luqman berdiri di sebelahnya turut bercekak pinggang

"Kenapa nak buang? Kan boleh pakai lagi?"

"Kenapa nak guna calendar tahun lepas. Tahun ni punya kan ada?"

"Honey darling, u've been acting weird since last night. excessive snuggling, breakfast on bed, frequent 'i love you'. not that i don't like it. i enjoy it so much especially the excessive snuggling part..." Luqman senyum nakal. Suria memeluk manja suami nya dari tepi. Masih belum dapat menangkap maksud Luqman.

"...Lepas tu, now you nak buang calendar tahun ni" Suria mengecilkan matanya cuba fokus pada tahun kalendar. 2008. She read it again. 2008.

"Tahun ni kan dah 2009. dah bulan 10 dah pun"

"I think my darling need a coffee. it's October 2008 lah" Luqman cubit manja kedua belah pipi Suria.

Suria bingung. Luqman meninggalkannya sendirian menuju ke dapur. Suria mencapai handphone.

Today's date : 15 October 2008

Read more...

Suria III

Suria mendongak ke langit cerah. sinar terik. tak berawan. tak berangin.

Kawasan belakang rumah itu riuh dengan ayam berebut jagung. Suria seret kaki lesu. Tangan dari sisa jagung di cuci. air mengalir lebih kuat bunyinya dari sekeliling. jernih air lalu, direnung dalam...

"Suria!!" Panjang laungan menuntut jasadnya. nada menginginkan sesuatu.

"Ye!" kain batik di tarik ke paras lutut. dua anak tangga di redah selangkah.

"Ye Mak Su?" dia tercegat menanti. muka separuh umur di hadapan nya di pandang lesu.

"kamu dah makan?"

"belum lapar..."

"kamu siap2, mari kita ke pasar?"

"Mak Su pergilah dulu. Suria belum mandi...."

"Mandi belum, makan pun belum. dah tengah hari ni Suria."

"Apalah nak dikisahkan Mak Su... Kalau mandi pun tak siapa mahu puji wanginya. kalau makan pun tak terasa kenyangnya..."

"Jangan lah macam tu nak. kita mesti terus hidup"

"Macam mana...."

"Yang tinggal biarkan tinggal"

"Bukan... maksud Suria macam mana Mak Su terus hidup tanpa Pak Su? Macam mana mahu terus hidup...."

Jemari yang masih lembab meramas sisi kain. punggung di letak perlahan atas kerusi rotan lusuh. matanya mengadap lutut. mukanya ditutup rambut. bibirnya rapat...ketap...

Air mata mengalir sunyi.....

Read more...

Suria II

15 October 2009

"Honey, jom pergi ATM." Luqman berdiri di sebelah Suria yang asyik menonton teledrama

"Malam2 buta ni? esok je lah. Bahaya drive jalan kampung malam2 ni."

"Jomlah, I tak sedap hati ada rm50 je dalam wallet." Luqman menarik lengan isterinya minta perhatian

"Ok ok, mengada. Nak keluar duit pun ajak teman. I tukar baju kejap."

"Tak payah.. pakai baju kelawar tu pun lawa apa." Sengih paling lebar.

"Mengada" Suria menjeling dan memalingkan badannya. Berjalan menuju ke bilik.

......

4 keping rm50 di sumbat ke dalam dompet kulit coklat gelap. Langkah laju menuju ke kereta dan membolos badannya. Luqman menutup pintu perlahan sambil merenung Suria.

"Kenapa?" dahi nya berkerut.

"Takde apa... " jawapan pendek yang di balas dengan cubitan manja dari Suria pada peha. Luqman tidak ada reaksi seperti selalu. Lalu Suria mengusap peha Luqman perlahan.

"Sayang, kalau apa2 jadi kat abang number pin abang 72... " belum sempat Luqman menghabiskan katanya Suria meletakkan jari telunjuk pada bibir Luqman. Matanya pohon simpati. Lengan Luqman dipaut manja dan kepala di rehatkan atas bahu Luqman.

"Takde apa akan jadi...." pandangan Suria jauh ke depan. Luqman memandu dengan lengannya di paut dan bahunya di manja isteri.

Hatinya kacau malam ini. Merenung Suria akan menimbulkan rasa cinta yang dalam dan rasa anxious yang teramat. Risau kalau suatu hari nanti tiada siapa yang peduli Suria.

"Abang~, abang ok ke?" Suria mendongak mencari mata Luqman.

"Ok je..." aku senyum paling manis. masih terus memandang jalan. Konsentrasi entah mana. Aku tahu dia risau. Andai aku tahu jawapannya, tentu kau yang pertama tahu. Menghela nafas. Sekali lagi dirasakan kepala di bahunya mendongak menghadap mukanya. Tanpa perlu melihat, pasti muka Suria beriak risk.

I stole a glance at her and said "Nak makan jagung bakar?"

"Ada ke malam2 ni?"

"Adaaa..."

........

"Suria, Mak Su nak balik dah ni"

Tersentak dari ruang tidak bernafas. Kain pelikat di alih dari mukanya. Mata sembab tidak memberikan visual tepat. Ada jasad berjalan perlahan ke arahnya.

"Tadi, Mak Su dahulukan duit jemaah masjid mandikan mayat. Duit tu nak buat bayar bil rumah bulan ni."

Sunyi sebentar.

"Owh... " matanya di pejam celik berkali-kali cuba membawa akalnya ke dunia nyata.
"Berapa Mak su? Sa...saya cuma ada ni."

Beberapa keping rm50 di hulurkan. Tanpa mengira Mak Su senyum. "Ini pun dah cukup nak".

Suria senyum kembali. Pahit. Tampal.

"Kak Suria, van jenazah nak balik dah. Pak Long pesan hulur sikit kat dia"

Gadis yang muda 4tahun darinya berkata perlahan. Dia senyum pada Mak Su yang berjalan keluar dari bilik. Kak Suria yang sedang terduduk lesu di renung.

Dia berjalan perlahan-lahan dan duduk di sebelah Suria.

Suria angkat muka lesu. "Kak Suria takde tunai sekarang"

"Jomlah pergi ATM withdraw"

"Akak...akak tak tau pin number abang...."

Bahu Suria di peluk. Hangat kasih saudara. "Hidup mesti terus kak..." sunyi menyelubungi ruang itu beberapa saat. "...nak pinjam duit dulu?"

Suria mengambil nafas dalam. dan menghela perlahan "Tak apa, akak boleh keluarkan duit sendiri. Cuma... akak tak tahu pin number abang"

....

Read more...

Suria

Selendang panjang berwarna hitam di tarik perlahan dari kepala. Dia merenung kurung putih bercorak abstrak hitam pada badannya. Merenung kosong. Mukanya kosong. Derianya kosong. Jiwanya... kosong.

Suria menolak dedaun tingkap dan mendongak ke langit. bulan separa bulat malam ini. Dia berbaringan berbantalkan lengan kanan. Suria mula mengira bintang. Angin sepoi menggerakkan dedaunan ke kiri ke kanan liuk lentuknya. Tidak seragam walau seranting. Berhenti mengira.

Suria mengiringkan badan. Matanya pejam. Yang nampak cuma kelam. Lalu kelopak mata di buka perlahan. Yang kenampakkan masih kelam. Dadanya bergerak perlahan mengikut deru nafas yang memenuhi tuntutan oksigen badan.

Air mata mengalir perlahan. Tangannya mencapai pelikat di hujung bantal. Di hidu perlahan... tapi dalam. Berhenti bernafas. Biar tuntutan oksigen badan membawa sama zarah-zarah bau yang selama ini menemani dia.

Semua deria kaku. Mukanya memerah. Dadanya menyesak... Tak peduli. Perutnya senak menahan. Hujung jarinya mula kejang. Kakinya berselisih sesama sendiri perlahan. Masih tak peduli.

Biarlah dia tidur malam ini. kekasih hatinya baru diambil pergi.
Dan semua deria, tenaga, jiwa....
Berhenti.

Read more...

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP