Suria III

Suria mendongak ke langit cerah. sinar terik. tak berawan. tak berangin.

Kawasan belakang rumah itu riuh dengan ayam berebut jagung. Suria seret kaki lesu. Tangan dari sisa jagung di cuci. air mengalir lebih kuat bunyinya dari sekeliling. jernih air lalu, direnung dalam...

"Suria!!" Panjang laungan menuntut jasadnya. nada menginginkan sesuatu.

"Ye!" kain batik di tarik ke paras lutut. dua anak tangga di redah selangkah.

"Ye Mak Su?" dia tercegat menanti. muka separuh umur di hadapan nya di pandang lesu.

"kamu dah makan?"

"belum lapar..."

"kamu siap2, mari kita ke pasar?"

"Mak Su pergilah dulu. Suria belum mandi...."

"Mandi belum, makan pun belum. dah tengah hari ni Suria."

"Apalah nak dikisahkan Mak Su... Kalau mandi pun tak siapa mahu puji wanginya. kalau makan pun tak terasa kenyangnya..."

"Jangan lah macam tu nak. kita mesti terus hidup"

"Macam mana...."

"Yang tinggal biarkan tinggal"

"Bukan... maksud Suria macam mana Mak Su terus hidup tanpa Pak Su? Macam mana mahu terus hidup...."

Jemari yang masih lembab meramas sisi kain. punggung di letak perlahan atas kerusi rotan lusuh. matanya mengadap lutut. mukanya ditutup rambut. bibirnya rapat...ketap...

Air mata mengalir sunyi.....

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP