What year are we in now?

Telekung putih bersulam bunga yang dipakai lebih cerah warnanya dari lampu kalimantang bilik itu. Cahaya cuma balam2. Biasanya solat akan di imam kan Luqman. Tapi... air mata diseka dengan tergesa2. Tak mahu ada yang mengalir lagi.

"Wahai Pencipta. Kau beri aku 4 tahun yang terhebat dalam hidup aku. Dan kini kau ambil ia semula. Aku tidak mahu jadi tamak pada mata Kau ya Allah. Cuma... cuma sekali ini. Kau lebih tahu apa aku mahu. Kau lebih tahu."

.....

Sejuk malam mencengkam jemari kaki nya. Suria membengkokkan lututnya. jemari nya kembali suam di bawah selimut. Hurmm sudah seminggu tidak tidur sebegini. Suria meringkut di dalam selimut. Badannya mengiring menghadap dinding.

Tiba-tiba...

Dirasakan ada tangan merangkul perlahan pinggangnya dari belakang. Suria membekukan diri. Ya Allah lindungi hambaMu! Peti suaranya juga beku sama. Otaknya ligat. Matanya masih pejam

"Belum tidur lagi sayang?" bisik perlahan suara lelaki

Suria menahan nafas. Belum berani mencelikkan mata. Terdengar suara lelaki itu menghela nafas. Pinggangnya masih dirangkul. Rangkulan makin rapat. Suria menggerakkan bahunya perlahan.

"Honey?" Luqman menongkat kepala mengiring mengadap Suria. Kaki mereka berselisihan.

"Abang?" suaranya separuh berbisik. Dahi Suria berkerut. Nafasnya tak menentu. jantungnya hampir gugur. "Luqman?" bergetar dia menyebut nama suaminya sendiri.

"Suria..." balas Luqman separuh berbisik juga.

Suria meliarkan matanya sekeliling. This is not the room that i slept in last night. This is...
Wait a minute... dinding merah darah, perabot serba putih.
This is my room...
Our room..
Mata Suria terkebil2. Luqman senyum kecil melihat isterinya.

"Where are we?"

"Home honey. You look confuse, bad dream?"

"Worst than you can imagine" Suria memeluk suaminya. Air matanya mengalir laju membasahi baju suaminya

"There, there.... i'm here honey. don't cry" Luqman memupuk bahu Suria. Rambut ikal Suria diusap perlahan.

....

"Abang, kenapa calendar ni ada lagi? i thought i dah buang dah?" Suria berdiri bercekak pinggang. Mendongak mengadap calendar tahun 2008 yang digantung di dinding. Luqman berdiri di sebelahnya turut bercekak pinggang

"Kenapa nak buang? Kan boleh pakai lagi?"

"Kenapa nak guna calendar tahun lepas. Tahun ni punya kan ada?"

"Honey darling, u've been acting weird since last night. excessive snuggling, breakfast on bed, frequent 'i love you'. not that i don't like it. i enjoy it so much especially the excessive snuggling part..." Luqman senyum nakal. Suria memeluk manja suami nya dari tepi. Masih belum dapat menangkap maksud Luqman.

"...Lepas tu, now you nak buang calendar tahun ni" Suria mengecilkan matanya cuba fokus pada tahun kalendar. 2008. She read it again. 2008.

"Tahun ni kan dah 2009. dah bulan 10 dah pun"

"I think my darling need a coffee. it's October 2008 lah" Luqman cubit manja kedua belah pipi Suria.

Suria bingung. Luqman meninggalkannya sendirian menuju ke dapur. Suria mencapai handphone.

Today's date : 15 October 2008

Post a Comment

About This Blog

  © Blogger template Shush by Ourblogtemplates.com 2009

Back to TOP